iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PENGURUSAN ASET DAN FASILITILEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Pengurusan Aset dan Fasiliti, LAKMNS adalah salah satu bahagian yang memberi sokongan teknikal dan operasi di dalam struktur organisasi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Bahagian ini memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap aset dan fasiliti LAKMNS berada di tahap yang terbaik dan terurus, serta beroperasi pada tahap optimum di dalam menampung keperluan operasi LAKMNS.

Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti, LAKMNS bertanggungjawab untuk merancang, merekod, melaksana dan memantau perlaksanaan operasi, penyelenggaraan dan pengurusan aset dan fasiliti milik LAKMNS bagi kelangsungan operasi, mempertahankan nilai aset dan memastikan fasiliti memenuhi piawaian semasa serta selamat digunakan mengikut kehendak dan arahan Pihak Berkuasa Tempatan.

FUNGSI DAN PERANAN

Melaksanakan pemeriksaan dan audit teknikal keadaan fizikal aset dan fasiliti LAKMNS supaya berada dalam keadaan selamat, baik, bersih dan sempurna, serta memenuhi peruntukan dan kehendak pihak berkuasa tempatan.

Melakukan perancangan operasi, penyelenggaraan dan baikpulih ke atas aset dan fasiliti LAKMNS.

Mengurus, mentadbir dan memantau kontrak penyelenggaraan dan kontraktor yang dilantik.

Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil secara 'in house'.

Menerima aduan kerosakan serta membuat tindakan susulan.

Memastikan kerosakan fasiliti yang dilaporkan dibaiki dengan kadar segera bergantung kepada tahap kerosakan dan peruntukan kewangan.

Memastikan perlaksanaan kerja penyelenggaraan dan baikpulih mengikut prosedur dan jangka waktu yang ditetapkan.

Melaksanakan pendaftaran aset alih dan tak alih milik LAKMNS.

Mengurus proses pelupusan aset milik LAKMNS.

Memberikan perkhidmatan sokongan dari segi teknikal dan bukan teknikal dalam menjayakan program-program rasmi LAKMNS.

Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan LAKMNS.


GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN

Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan sistem 'chiller'

Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan sistem elektrikal

Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan sistem mekanikal

Pemantauan sistem bangunan dengan menggunakan 'Building Management System (BMS)'

Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, landskap dan infrastruktur

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 672
  • |
  • Yesterday 767
  • |
  • This week 3502
  • |
  • This month 14262
  • |
  • Total 703886

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search