iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

APRIL 2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah bulan Ramadan hampir berlalu dengan kita menunaikan semua ibadah yang dituntutkan. Sudah pasti ramai di antara kita yang sudah merindui kemeriahan bulan mulia ini. Sekalung penghargaan dan tahniah kami hamparkan buat jemaah yang sudi mengimarahkan kedua-dua Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching sepanjang bulan Ramadan ini. Sesungguhnya kehadiran para jemaah amat kami hargai dan titipan doa kami semoga segala amalan yang dilakukan akan diterima oleh Allah SWT.

Menjelang Aidilfitri nanti, dengan rasa rendah hati, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga bulan Syawal yang mulia ini diraikan dengan penuh kesyukuran, kemenangan dan kegembiraan.

Dalam pada itu, kami ingin menyeru orang ramai untuk menyokong usaha kami untuk membina beberapa buah gazebo di Raudhatul Sakinah Kuching (dahulunya dikenali sebagai Tanah Perkuburan Semariang), dan juga membina Pusat Agama Nurul Saadah. Sokongan tuan puan boleh diterjemahkan dengan menyalurkan sumbangan ke tabung wakaf bagi kedua-dua projek ini yang telah kami lancarkan sejak tahun lalu. Selain itu orang ramai boleh membantu kami dengan menyebarkan informasi tentang dua program wakaf ini kepada ahli keluarga ataupun kenalan.

Akhir kata, saya menyeru orang ramai untuk memeriahkan lagi program dan aktiviti yang kami anjurkan ini. InsyaAllah, perincian bagi setiap program akan kami sentiasa kemaskini di laman Facebook rasmi LAKMNS, Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching, serta melalui Radio IRIS.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBHG. DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak(LAKMNS)

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 472
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3833
  • |
  • This month 21005
  • |
  • Total 687639

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search