26 Feb 2022 - Program Kayuhan Mosque Connect Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) 2.0 diteruskan lagi pada hari ini dengan memilih Surau Khairul Amal, Surau Taman Sepakat Jaya, Masjid Darul Iman Kampung Senari, serta Masjid Baru Demak sebagai destinasi perhentian.
Kayuhan bermula seawal 6.30 pagi di Masjid Jamek Negeri Sarawak diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai dan disertai oleh 82 orang termasuk kakitangan LAKMNS dan orang awam sekitar Kuching.
Peserta kayuhan turut mendirikan Solat Dhuha di Masjid Darul Iman Kampung Senari, seterusnya diperdengarkan dengan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam LAKMNS al-Fadhil Ustaz Rohaizat Rejab.
Semoga penganjuran program sedemikian dapat mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan lagi persaudaraan sesama Islam di samping memupuk gaya hidup yang sihat.