Program yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Januari ini telah diadakan di Damai Beach Resort, Kuching. Ia turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.
Datuk Abang Abdul Wahap juga mengingatkan para peserta untuk bekerja dalam satu pasukan dan memainkan peranan masing-masing walaupun sekecil-kecil peranan, sebagai syarat untuk menghasilkan sesuatu yang positif dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Program ini merupakan platform bagi pengurusan tertinggi LAKMNS untuk berkongsi perancangan setiap jabatan dan bahagian di samping sebagai platform bagi percambahan idea (brainstorming) berkenaan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022. Selain perkongsian daripada setiap jabatan, para peserta turut mengikuti beberapa aktiviti berkumpulan.
Pada sesi penangguhan program juga, Encik Mohamad Feisal bin Said turut membentangkan penggulungan bagi input-input yang telah diutarakan oleh setiap jabatan dan bahagian sepanjang program.