iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MEI 2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Penghulu Para Anbiya’.

Selamat datang ke laman web rasmi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Alhamdulillah bulan Syawal telah kita raikan dengan penuh makna. Semoga ibrah yang kita perolehi sepanjang bulan yang mulia ini dapat kita telusuri dan amalkan dengan penuh hikmah dan istiqamah.

InsyaAllah, walaupun kita telah meninggalkan bulan Ramadan dan Syawal, kami di LAKMNS tetap konsisten dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat umum, terutamanya dalam program pengimarahan dan kemasyarakatan.

Bulan Mei ini bukanlah asing bagi setiap kita yang bergelar pekerja. Seperti yang kita maklum, 1 Mei diraikan setiap tahun bagi meraikan para pekerja yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan negara berjalan dengan lancar. Selamat Hari Pekerja kami ucapkan! Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita pasakkan niat bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah fisabilillah.

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Guru buat para guru di seluruh Malaysia termasuk guru-guru Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (TATTARY) serta Pusat Kecemerlangan MASJA-SA. 16 Mei yang kita raikan sudah pasti memberi siknifikasi yang sungguh besar buat setiap diri insan kerana tanpa tunjuk ajar daripada seorang guru, maka hilanglah sebutir ilmu yang amat berharga buat kita.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBHG. DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
LAKMNS

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 210
  • |
  • Yesterday 727
  • |
  • This week 1590
  • |
  • This month 5433
  • |
  • Total 717887

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search