Bahagian ini memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap aset dan fasiliti LAKMNS berada di tahap yang terbaik dan terurus, serta beroperasi pada tahap optimum di dalam menampung keperluan operasi LAKMNS.
Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti, LAKMNS bertanggungjawab untuk merancang, merekod, melaksana dan memantau perlaksanaan operasi, penyelenggaraan dan pengurusan aset dan fasiliti milik LAKMNS bagi kelangsungan operasi, mempertahankan nilai aset dan memastikan fasiliti memenuhi piawaian semasa serta selamat digunakan mengikut kehendak dan arahan Pihak Berkuasa Tempatan.
Melaksanakan pemeriksaan dan audit teknikal keadaan fizikal aset dan fasiliti LAKMNS supaya berada dalam keadaan selamat, baik, bersih dan sempurna, serta memenuhi peruntukan dan kehendak pihak berkuasa tempatan.
Melakukan perancangan operasi, penyelenggaraan dan baikpulih ke atas aset dan fasiliti LAKMNS.
Mengurus, mentadbir dan memantau kontrak penyelenggaraan dan kontraktor yang dilantik.
Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil secara 'in house'.
Menerima aduan kerosakan serta membuat tindakan susulan.
Memastikan kerosakan fasiliti yang dilaporkan dibaiki dengan kadar segera bergantung kepada tahap kerosakan dan peruntukan kewangan.
Memastikan perlaksanaan kerja penyelenggaraan dan baikpulih mengikut prosedur dan jangka waktu yang ditetapkan.
Melaksanakan pendaftaran aset alih dan tak alih milik LAKMNS.
Mengurus proses pelupusan aset milik LAKMNS.
Memberikan perkhidmatan sokongan dari segi teknikal dan bukan teknikal dalam menjayakan program-program rasmi LAKMNS.
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan LAKMNS.