Solat Sunat Aidilfitri 2025

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pagi ini menyertai orang ramai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

3/31/20251 min read

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pagi ini menyertai orang ramai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Turut mengiringi Yang di-Pertua Negeri adalah Premier Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, serta beberapa kenamaan negeri yang lain.

Menyambut ketibaan tetamu kenamaan adalah Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Ahli-ahli Lembaga, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta pengurusan tertinggi LAKMNS.

Solat Sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk "Hakikat Kemenangan Aidilfitri".

Sementara itu, di Masjid Bandaraya Kuching, Solat Aidilfitri telah dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Haji Syed Abdul Aziz bin Haji Wan Yusuf, dan seterusnya menyampaikan khutbah.