PERUTUSAN CEO LAKMNS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda SAW.

Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkasa peranan institusi masjid demi kesejahteraan ummah. Komitmen ini akan terus dipacu melalui perancangan strategik, budaya kerja berintegriti dan usaha penambahbaikan berterusan bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan impak yang bermakna kepada masyarakat.

Antara inisiatif yang sedang dirancang oleh LAKMNS adalah untuk menjadikan Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching sebagai antara destinasi tumpuan pelancong di Kuching. Sehubungan itu, pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi mempersiapkan kedua-dua masjid ini sebagai masjid mesra pelancong, dengan penekanan terhadap penambahbaikan kemudahan, kualiti layanan serta penyampaian maklumat kepada pengunjung, tanpa mengetepikan fungsi utamanya sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah.

Selain itu, LAKMNS turut komited untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada orang ramai berhubung perkhidmatan yang disediakan. Setiap maklum balas amat kami hargai dan akan dijadikan input penting dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan agar terus memenuhi keperluan dan jangkaan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DATU HAJI ABDUL HADI BIN DATUK HAJI ABDUL KADIR
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,LAKMNS

November 2026

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat