SIDANG MEDIA FESTIVAL MAAL HIJRAH 1447H/2025M

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengumumkan untuk menganjurkan Festival Maal Hijrah 1447H/2025M (FMH 1447H/2025M) yang akan berlangsung pada 20 hingga 29 Jun 2025, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

5/20/20251 min read

20 Mei 2025 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengumumkan untuk menganjurkan Festival Maal Hijrah 1447H/2025M (FMH 1447H/2025M) yang akan berlangsung pada 20 hingga 29 Jun 2025, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran FMH 1447H/2025M bertempat di Bilik Seminar Baitul Makmur II, Kuching.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Malam Cinta Rasul, Bicara Ilmiah Wanita (BIWANI), kayuhan santai, pameran agensi-agensi awam dan swasta, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, pickleball, dan sebagainya. Selain itu, LAKMNS turut menyediakan beberapa hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah.

Pada sidang media ini juga, LAKMNS turut mengumumkan senarai rakan kolaborasi dan penaja bagi Festival Maal Hijrah 1447H/2025M iaitu Majlis Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di samping itu Land Custody and Development Authority (LCDA) dan Sarawak Plantation Berhad diiumumkan sebagai penaja diamond, manakala dan Senari Synergy Sdn. Bhd. dan BMASJ Timber Sdn. Bhd. pula sebagai penaja platinum. Bagi kategori Aurora tajaan turut diterima daripada Lubuk Tiara Sdn. Bhd. yang menawarkan dua pakej umrah.
Turut berkolaborasi adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) serta Masja Plantation Services Sdn. Bhd.

Di samping itu, LAKMNS turut menyeru orang ramai untuk melayari portal rasmi festival iaitu fmhlakmns.com. Orang ramai yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dianjurkan.

Hadir sama pada sidang media ini adalah pengurusan tertinggi LAKMNS serta wakil-wakil penaja penganjuran Festival Maal Hijrah.