Serving Gratitude : FMH Strategic Partners and Sponsors Friendly Game
LAKMNS hari ini telah menganjurkan program santai iaitu pertandingan persahabatan pickleball bersama rakan strategik dan penaja sempena Festival Maal Hijrah (FMH) yang lepas.
8/29/20262 min read


29 Ogos 2026: LAKMNS hari ini telah menganjurkan program santai iaitu pertandingan persahabatan pickleball bersama rakan strategik dan penaja sempena Festival Maal Hijrah (FMH) yang lepas. Program tersebut berlangsung di Pikabol Kuching dengan penyertaan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Islam Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Suara Sarawak, Senari Synergy Sdn Bhd, DDR Architects Sdn Bhd dan Maybank yang telah menghantar 3 team event masing-masing.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS serta isteri YBhg. Datin Hajah Nik Nurizan binti Nik Jaafar dan YBrs. Encik Ramzi bin Abdillah, Pengarah DBKU yang turut bermain dalam kategori VIP.
Seramai 21 wakil rakan strategik dan penaja juga telah diraikan dan menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan FMH 2026. Kemuncak program adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan persahabatan pickleball pada kali ini. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Kategori VIP
Juara: Maybank
Naib Juara: SEDC
Tempat Ketiga: LAKMNS dan Senari Synergy Sdn Bhd
Team Event
Juara: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Tempat Kedua: LAKMNS
Tempat Ketiga Bersama: Maybank dan SEDC
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, komitmen, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Sesungguhnya, kejayaan Festival Maal Hijrah 1448H/2026M tidak akan tercapai tanpa sokongan semua pihak.
Semoga setiap sumbangan dan kebaikan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






