SEGMEN

Daripada penerbitan kandungan dan perancangan program hingga ke penyiaran, penglibatan pendengar serta hebahan agensi dan komuniti, Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) menyampaikan kandungan yang menginspirasi, mendidik dan menyatukan masyarakat dengan penuh makna.

Dari Meja Agensi

Segmen yang membuka jendela informasi terus dari sumbernya iaitu agensi kerajaan, badan awam dan swasta.

Info LAKMNS

Segmen yang menampilkan berita, aktiviti, dan inisiatif terkini daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Info Agensi Islam

Segmen yang menyingkap peranan dan usaha pelbagai institusi Islam dalam memperkukuh syiar, membimbing ummah, serta memperindah kehidupan dengan nilai Islam.

Didik@IRIS

Segmen ini membantu masyarakat mendapatkan maklumat terkini tentang tarikh permohonan, program yang ditawarkan serta panduan kemasukan, hebahan langsung daripada pelbagai institusi pendidikan.

Bicara Ad-Din

Segmen ilmiah yang membincangkan ajaran Islam, hadith, dan panduan kehidupan menurut syariat, disampaikan oleh pegawai bertauliah dan pakar agama.

Info Sihat

Segmen perkongsian kesihatan menyampaikan maklumat penting mengenai penjagaan diri,gaya hidup sihat, pencegahan penyakit dan kesejahteraan mental, selaras dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kesihatan tubuh dan jiwa.

Hijrah Jiwa

Segmen ini memberi ruang kepada pendengar memahami proses hijrah Mualaf secara emosi, sosial dan rohani, sambil menyebarkan inspirasi, kesabaran, dan keberkatan yang datang melalui iman.

Baiti Jannati

Perkongsian pakar tentang cabaran, sokongan dan panduan mendidik anak unik, sambil mengukuhkan ikatan keluarga.

Persona Srikandi

Kisah wanita hebat yang memberi inspirasi, membina kepimpinan, dan membuka jalan kepada generasi akan datang.

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat