RETREAT PENGURUSAN PROFESSIONAL LAKMNS 7.0

Program Retreat Pengurusan Profesional LAKMNS 7.0 telah diadakan pada 7 hingga 9 Januari 2025 di Mulu, Miri, Sarawak.

1/14/20252 min read

Program Retreat Pengurusan Profesional LAKMNS 7.0 telah diadakan pada 7 hingga 9 Januari 2025 di Mulu, Miri, Sarawak. Program ini disertai seramai 20 orang kumpulan Pengurusan LAKMNS yang terdiri daripada Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Ketua-Ketua Pegawai serta Ketua-Ketua Bahagian LAKMNS.

Program ini merupakan platform bagi Pengurusan tertinggi LAKMNS untuk berkongsi Pencapaian Tahun 2024, Perancangan setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS bagi tahun 2025 serta pelaksanaan Pelan ABC (Aman, Bahagia, Ceria) LAKMNS.

Pada hari pertama program tersebut, dimulakan dengan pengisian aktiviti di Taman Negara Mulu iaitu melawat Gua Lang (Lang Cave) dan Gua Rusa (Deer Cave) serta menyaksikan fenomena berjuta-juta kelawar keluar dari Gua Rusa (Deer Cave) di Bat Observatory Mulu. Kemudiannya, diteruskan pada waktu malam hari pertama dengan sesi pembentangan dari Jabatan / Bahagian LAKMNS yang dimulakan dengan amanat daripada Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS serta taklimat daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS.

Program diteruskan pada hari kedua dengan aktiviti di Taman Negara Mulu iaitu melawat ‘Penan Settlement’, Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Air Jernih (Clearwater Cave). Kemudianya, diteruskan pada waktu malam hari kedua dengan sesi pembentangan dan diakhiri dengan sesi penggulungan dan penangguhan program. Pada sesi penggulungan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau telah merumuskan perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh setiap Jabatan dan Bahagian dan di antara pendekatan utama yang ditekankan adalah bagi LAKMNS untuk turut menyumbang dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) iaitu pelan induk pembangunan jangka panjang Kerajaan Negeri Sarawak yang bertujuan mempercepatkan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar di Sarawak dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Pada ucapan penangguhan program oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS, YBhg. Datuk menyarankan agar barisan Pengurusan LAKMNS menetapkan sasaran aktiviti serta objektif “Low-Hanging Fruit” bagi setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS yang secara tidak langsung akan mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan LAKMNS.

Program diteruskan pada hari ketiga iaitu hari terakhir program dengan aktiviti ‘Canopy Skywalk’ di Taman Negara Mulu yang memberikan pengalaman unik menjelajah hutan hujan tropika dengan melalui jambatan gantung yang tinggi sambil menawarkan pemandangan yang mempersonakan.