PROGRAM SUMBANGAN DERMA RAMADAN
Seramai 2179 murid daripada 16 buah sekolah sekitar Kuching telah menerima manfaat daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menerusi program Sumbangan Derma Ramadan yang berlangsung pada 2 hingga 5 Mac 2026.
3/9/20262 min read


Seramai 2179 murid daripada 16 buah sekolah sekitar Kuching telah menerima manfaat daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menerusi program Sumbangan Derma Ramadan yang berlangsung pada 2 hingga 5 Mac 2026. Program tahunan sempena bulan Ramadan ini menyasarkan murid-murid dari kalangan kategori anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan, berdasarkan data yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir. Turut serta ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said serta Ketua-ketua Pegawai LAKMNS. Sumbangan yang disalurkan adalah dalam bentuk duit raya bagi membantu meringankan beban keluarga penerima dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. Menurut Datu Haji Abdul Hadi, program ini merupakan antara inisiatif kebajikan yang dilaksanakan secara konsisten setiap tahun sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki. Melalui program ini, LAKMNS berharap dapat memberi keceriaan kepada para murid serta membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga mereka. Sejak diperkenalkan, program Sumbangan Derma Ramadan telah memberi manfaat kepada ribuan murid setiap tahun dan menjadi antara agenda kebajikan utama LAKMNS dalam usaha menyantuni masyarakat serta memartabatkan institusi masjid sebagai pusat kebajikan dan pembangunan ummah.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






