Program Pengenalan Kepada "E-Invoicing"

Pada 26 Februari 2025, Jabatan Kewangan, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah menganjurkan Program Pengenalan Kepada "E-Invoicing" bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Baitul Makmur II.

2/26/20251 min read

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Encik Mohamad Feisal Bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Ketua-Ketua Pegawai, Ketua-Ketua Bahagian, & kakitangan Jabatan Kewangan LAKMNS.

Pembentangan program tersebut telah disampaikan oleh wakil Ejen Cukai LAKMNS iaitu Tuan Haji Wan Idris bin Wan Ibrahim daripada Idris Ibrahim Tax Advisory Sdn. Bhd. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi gambaran awal mengenai E-Invois kepada kakitangan-kakitangan LAKMNS agar dapat membuat perancangan awal.