Pertandingan Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M.

8/22/20261 min read

22 Ogos 2026 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M. Pertadingan yang telah berlangsung di Dewan Masjid al-Muttaqin, Sarikei ini telah disertai oleh 20 kumpulan marhaban yang mewakili masjid dan surau di sekitar Sarawak.

Pada sebelah malam telah berlangsung majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, YB Datuk Haji Len Talif Salleh. Beliau yang juga ADUN N.41 Kuala Rajang dan Pengerusi LAKISRI turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kumpulan Suara Seni, Surau Majma Kuching telah dinobatkan sebagai johan keseluruan bagi kategori lelaki, manakala Kumpulan Suara al-Hamra, Balai Bomba Petra Jaya ditempat kedua, dan Kumpulan al-Muhasibin, Surau al-Muhasin, Astana Lot Petra Jaya di tempat ketiga.

Bagi kategori wanita, johan disandang oleh Kumpulan Aura Darisya, Surau Bumiputera, Kampung Sambir, Kota Samarahan, yang turut diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat markah tertinggi keseluruhan pertandingan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan An Nur Bisahri, Surau Darul Ehsan, Kampung Baka Semong, Kota Samarahan, manakala Kumpulan Sinar Muslimah, Kampung Jemukan, Sadong Jaya ditempat ketiga.

Hadir sama pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis yang juga Timbalan Pengerusi LAKISRI, YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir.

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat