Persaraan YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai atas khidmat bakti beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS bagi tempoh 2019 hingga 2025.
12/31/20251 min read


Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai atas khidmat bakti beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS bagi tempoh 2019 hingga 2025.
Sepanjang tempoh kepimpinan tersebut, beliau telah menerajui organisasi dengan penuh komitmen, integriti dan kepimpinan berwawasan dalam merealisasikan visi LAKMNS sebagai sebuah bahan amanah Islam bertaraf dunia.
Berteraskan misi LAKMNS, iaitu “Mengoptimumkan Kualiti, Produktiviti, Profesionalisme dan Integriti untuk Kesejahteraan Ummah”, pelbagai agenda strategik, pembaharuan tadbir urus dan penambahbaikan pengurusan telah berjaya dilaksanakan secara terancang dan berkesan.
Usaha berterusan ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan operasi dan kredibiliti organisasi, malah meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap peranan dan hala tuju LAKMNS.
Kepimpinan, kebijaksanaan serta sumbangan signifikan beliau akan terus menjadi legasi penting dan asas kukuh kepada kesinambungan kecemerlangan LAKMNS pada masa hadapan.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






