PERASMIAN KONTI BAHARU IRIS 2024

27 Februari 2024 – Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) yang dikendalikan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini melancarkan konti baharu bertempat di Bangunan Baitul Makmur II, Kuching.

2/27/20241 min read

27 Februari 2024 – Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) yang dikendalikan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini melancarkan konti baharu bertempat di Bangunan Baitul Makmur II, Kuching. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu bin Haji Taha.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Haji Misnu memuji inisiatif yang dilakukan oleh IRIS dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian. Beliau turut berharap agar IRIS dimanfaatkan sepenuhnya oleh agensi-agensi Islam Sarawak, terutamanya dalam membuat hebahan berkenaan program yang dianjurkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, penubuhan konti baharu IRIS ini adalah komitmen daripada Majlis Islam Sarawak yang telah menyalurkan peruntukan.

Ujarnya, penubuhan konti ini juga adalah bukti komitmen IRIS untuk meningkatkan mutu penyiaran IRIS. Selain itu, katanya, sejak mula bersiaran pada tahun 2020, IRIS mendapat sokongan yang baik daripada agensi-agensi Islam dan awam, serta badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat perkongsian di konti IRIS.

Internet Radio Islamic Sarawak yang telah beroperasi sejak 2020 adalah berkonsepkan Islamic infotainment yang menyasarkan khalayak umum sebagai pendengar. Kandungan IRIS adalah merangkumi perkongsian daripada agensi-agensi islam, agensi awam dan NGO, di mana topik yang menjadi perbincangan adalah berkenaan isu keagamaan, kesihatan, kewangan dan lain-lain yang bersifat kepentingan awam.