PERASMIAN AGIHAN BUBUR MASJA-SA 2024M 1445H

22 Mac 2024 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menyediakan sebanyak 3000 pek bubur MASJA-SA sehari untuk diagihkan kepada orang ramai bermula 20 hingga 29 Mac 2024. Agihan diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching selepas solat Asar secara pandu lalu.

2024

3/22/20242 min read

22 Mac 2024 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menyediakan sebanyak 3000 pek bubur MASJA-SA sehari untuk diagihkan kepada orang ramai bermula 20 hingga 29 Mac 2024. Agihan diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching selepas solat Asar secara pandu lalu.

Majlis Perasmian Pengagihan Bubur MASJA-SA ini telah berlangsung pada 22 Mac 2024, disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

Terdahulu, berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada beberapa masjid dan surau berupa keperluan pengurusan masjid dan surau seperti sejadah, sistem siaraya, keperluan pengurusan jenazah dan sebagainya. Selain itu LAKMNS turut menyumbang tong kitar semula kepada beberapa masjid dan surau terpilih.

Pada majlis ini juga, turut diadakan penyampaian sumbangan tajaan daripada syarikat yang menyumbang keperluan bagi penyediaan bubur ini. Antara syarikat yang terlibat adalah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang menyumbang daging dan Syarikat Padiberas Nasional (BERNAS), dengan sumbangan kampit beras.

Menurut Datuk Abang Abdul Wahap, penyediaan bubur ini dilakukan secara bergotong-royong di antara kakitangan LAKMNS dengan kerjasama daripada sukarelawan Kelab Belia MASJA-SA.

Dalam perkembangan lain, LAKMNS ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan beberapa program berbaki sempena bulan Ramadan ini. Antaranya adalah Haflah al-Quran pada 27 dan 28 Mac 2024 masing-masing di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching. Selain itu turut diadakan adalah Iktikaf 10 malam terakhir di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching (31 Mac hingga 9 April bermula 3.00 pagi).