MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK RAI ULANG TAHUN KE-35
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran sempena ulang tahun ke-35 Masjid Jamek Negeri Sarawak.
10/5/20251 min read


Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran sempena ulang tahun ke-35 Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran di atas pencapaian dan perjalanan 35 tahun Masjid Jamek Negeri Sarawak dalam menjalankan fungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti bagi umat Islam setempat.
Di samping itu, sambutan 35 tahun ini juga adalah sebagai platform bagi LAKMNS untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan inisiatif, perancangan dan hala tuju terutamanya melibatkan Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Masjid Jamek Negeri Sarawak telah dirasmikan pada 5 Oktober 1990 oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Noor.
Hadir pada majlis ini adalah Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg. Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Husain, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta pengurusan dan kakitangan LAKMNS.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat

