MASJA-SA Dinner Night

Pada 30 November 2025 telah berlangsung MASJA-SA Dinner Night 2025 bertempat di Riverside Majestic Hotel.

11/30/20251 min read

Pada 30 November 2025 telah berlangsung MASJA-SA Dinner Night 2025 bertempat di Riverside Majestic Hotel.

Majlis ini diadakan sebagai penutup tirai bagi aktiviti anjuran Kelab MASJA-SA, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Menurut Pengerusi Kelab MASJA-SA Encik Izzuddin bin Suhaili, majlis ini diadakan untuk meraikan kakitangan LAKMNS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan.

Pada majlis ini turut diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan serta juara keseluruhan sempena Piala Pusingan Karnival Kelab MASJA-SA 2025.

Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS merangkap Penaung Kelab MASJA-SA YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS merangkap Penasihat Kelab MASJA-SA Encik Mohamad Feisal bin Said serta Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.