MAJLIS ULANG TAHUN KE 15 TATTARY
31 Oktober 2024 - Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (TATTARY) hari ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-15. Majlis yang berlangsung di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ini telah disempurnakan oleh Presiden SABATI, YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, yang diwakili oleh Timbalan Presiden SABATI, YBhg, Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Awang Daud.
10/31/20242 min read

TATTARY merupakan sebuah tadika tahfiz di bawah kendalian Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang telah beroperasi bermula tahun 2010. Penubuhan tadika ini telah diilhamkan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud (Almarhum Tun Pehin Sri).
Pada majlis tersebut, Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain dalam ucapan alu-aluannya berkata, LAKMNS sebagai pengendali TATTARY sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang kondusif kepada murid-murid TATTARY.
Beliau turut memaklumkan bahawa LAKMNS telah membiayai 15 orang kakitangan TATTARY terdiri daripada pengurusan dan guru untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak di Open University Malaysia (OUM) bermula tahun 2022.
Pada majlis tersebut juga, Dato Hajah Dayang Morliah turut melancarkan buku “TATTARY, 15 Tahun Melakar Kenangan, Mengukir Masa Depan”.
Turut hadir pada majlis ini adalah Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, serta pengurusan kanan LAKMNS, serta beberapa kenamaan yang lain.
Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my