Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)
Hari ini berlangsung Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) antara YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai dan YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, bertempat di Bilik Rafflesia, Baitul Makmur I.
1/15/20261 min read


Hari ini berlangsung Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) antara YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai dan YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, bertempat di Bilik Rafflesia, Baitul Makmur I.
Majlis disaksikan oleh Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Husain, turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Encik Feisal bin Said serta pengurusan kanan LAKMNS.
Dalam amanatnya, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz menyatakan bahawa majlis serah tugas ini merupakan satu kesinambungan amanah, visi dan hala tuju organisasi yang telah dibina, agar segala perancangan, dasar dan usaha yang telah dimulakan dapat diteruskan dan diperkukuhkan demi kebaikan LAKMNS secara keseluruhan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap atas perkhidmatan cemerlang sepanjang menerajui pengurusan LAKMNS.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






