Majlis Perhimpunan Polis Bantuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS
Pada 27 Januari 2026, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Polis Bantuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Bilik Seminar, Baitul Makmur II.
1/28/20261 min read


Pada 27 Januari 2026, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Polis Bantuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Bilik Seminar, Baitul Makmur II. Perhimpunan ini melibatkan 29 orang pegawai dan anggota Polis Bantuan lain-lain pangkat.
Majlis ini julung kali diadakan bersempena kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif baharu, sebagai platform memperkenalkan hala tuju kepimpinan serta memperkukuh kefahaman berkaitan peranan dan tanggungjawab Polis Bantuan dalam memastikan keselamatan organisasi.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS. Turut hadir bersama adalah YBrs. Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Haryati binti Mohamad, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan, serta barisan pegawai tertinggi LAKMNS.
Dalam ucapannya, YBhg. Datu menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan disiplin anggota Polis Bantuan dalam melaksanakan tugas, di samping menekankan kepentingan integriti, profesionalisme serta pematuhan kepada perundangan dan perintah tetap Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan imej organisasi sentiasa terpelihara.
Majlis ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dan anggota Polis Bantuan, selaras dengan aspirasi LAKMNS untuk membentuk pasukan keselamatan yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing.
Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang dipimpin oleh Inspektor Polis Bantuan Yusuf bin Mohamad Nassir.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






