MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA POLIS BANTUAN BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LAKMNS

Bahagian Keselamatan, LAKMNS telah mengadakan Majlis Perhimpunan Anggota Polis Bantuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Yang Berbahagia Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir,pada hari ini bertempat di Baitul Makmur 2.

8/17/20261 min read

Bahagian Keselamatan, LAKMNS telah mengadakan Majlis Perhimpunan Anggota Polis Bantuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Yang Berbahagia Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir,pada hari ini bertempat di Baitul Makmur 2. Majlis turut merangkumi Majlis Penyemaian Pangkat melibatkan seramai 16 orang anggota Polis Bantuan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang telah diberikan dalam melaksanakan tugas.

Selain itu, penghargaan turut disampaikan kepada Koperal Muhd Ridhzuan Hakimi bin Mohd Khairy, anggota Polis Bantuan yang telah menunjukkan tindakan pantas dan keberanian dalam menangani kejadian kebakaran pada 30 Jun 2026. Tindakan segera tersebut mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta keprihatinan anggota dalam memastikan keselamatan warga kerja dan premis LAKMNS sentiasa terpelihara. Majlis turut menyaksikan simbolik penyerahan T-Baton yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS kepada Pemangku Ketua Bahagian Keselamatan,Inspektor Yusuf bin Nassir sebagai simbol kesiapsiagaan serta komitmen berterusan anggota Polis Bantuan dalam melaksanakan tugasan keselamatan harian.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said serta Ketua-ketua Pegawai Pengurusan LAKMNS serta para jemputan yang hadir. Majlis ini menjadi wadah untuk menghargai sumbangan dan pencapaian anggota Polis Bantuan, di samping memperkukuh semangat profesionalisme, disiplin dan kesiapsiagaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat