MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN DAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT LAKMNS 2026

Pada 5 Oktober 2026, Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kaunseling dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat LAKMNS 2026 bertempat di Bilik Galeri, Baitul Makmur II.

10/5/20262 min read

Pada 5 Oktober 2026, Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kaunseling dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat LAKMNS 2026 bertempat di Bilik Galeri, Baitul Makmur II.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, bersama-sama Ketua-Ketua Pegawai dan Ketua Bahagian LAKMNS, dan juga penceramah jemputan, Dr Alizi bin Alias, Konsultan Psikologi Organisasi.

Sebagai simbolik pelancaran, Yang Berbahagia Datu telah menyempurnakan gimik perasmian dengan meletakkan replika telefon bimbit pada tapak gimik yang disediakan, selaras dengan tema Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026, “Kaunseling Era Digital: Memacu Kesejahteraan. Penggunaan replika telefon bimbit tersebut melambangkan peranan teknologi digital sebagai medium yang dapat memperluas akses kepada perkhidmatan kaunseling serta memudahkan masyarakat mendapatkan sokongan psikologi secara lebih fleksibel, pantas dan berkesan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada Dr Alizi bin Alias, Konsultan Psikologi Organisasi atas kehadiran sebagai penceramah jemputan.

Sambutan pada tahun ini mengetengahkan mesej “Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change” yang mengangkat kepentingan mendengar, memahami dan memberikan sokongan terhadap pengalaman serta cabaran yang dilalui oleh setiap individu.

Kesihatan mental bukan sekadar tentang bagaimana kita menghadapi tekanan, tetapi juga tentang bagaimana kita membina persekitaran yang membolehkan seseorang berasa selamat untuk bersuara, mendapatkan bantuan dan tidak berasa keseorangan ketika melalui sesuatu cabaran.

Semoga sambutan ini menjadi satu langkah dalam membudayakan kesedaran bahawa mendapatkan sokongan apabila berhadapan dengan cabaran bukanlah tanda kelemahan. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk keberanian untuk menjaga diri dan kesejahteraan. Kerana kadangkala, apa yang seseorang perlukan bukanlah jawapan yang sempurna, tetapi seseorang yang sudi mendengar dan memahami.

Pengalaman Didengari, Perubahan Bermula.

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat