Majlis Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M
Festival Maal Hijrah 1447H/2025 (FMH 1447H/2025M) anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bermula secara rasminya dengan Majlis Perasmian Pengibaran Bendera Rasmi FMH.
6/20/20251 min read


Festival Maal Hijrah 1447H/2025 (FMH 1447H/2025M) anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bermula hari ini secara rasminya dengan Majlis Perasmian Pengibaran Bendera Rasmi FMH.
Majlis ringkas yang diadakan di anjung utama Masjid Jamek Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pancaragam LAKMNS yang turut disertai pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) disusuli dengan penyerahan bendera rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif kepada ketua pancaragam. Bendera kemudiannya dinaikkan sebagai simbolik perasmian dan akan dikibarkan sepanjang festival berlangsung pada 20 hingga 29 Jun 2025.
Festival Maal Hijrah merupakan sebuah acara berskala besar anjuran LAKMNS sebagai inisiatif untuk meraikan sambutan tahun baharu hijrah. Program tahunan ini menyasarkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam melalui penganjuran pelbagai jenis acara merangkumi program kerohanian, pelbagai jenis pertandingan dan pameran.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat

