Majlis Nguar Bubur Masja-Sa 2025
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengadakan Majlis ‘Nguar Bubur’ MASJA-SA 2025, yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak.
3/15/20251 min read


15 Mac 2025 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengadakan Majlis ‘Nguar Bubur’ MASJA-SA 2025, yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Program pengagihan Bubur MASJA-SA yang merupakan acara tahunan sempena Ramadan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat serta mengekalkan tradisi penyediaan bubur MASJA-SA, hidangan istimewa yang sinonim dengan bulan Ramadan di Sarawak.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai yang turut menyempurnakan simbolik pengagihan bubur. Beliau disertai Ketua Unit Perhubungan Pihak Berkepentingan Bernas Sarawak Encik Sopian bin Lokmas, Eksekutif Pembangunan Pemasaran Liansin Sdn Bhd Encik Andrew Bong Wei Jie, Presiden Kelab Kakitangan Sarawak Media Group (SMG) Encik Sardon Zainal dan Penolong Pengurus Kawasan Big Pharmacy Ms Sonia Yap Yung Hwei, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Encik Mohamad Feisal bin Said serta pengurusan kanan LAKMNS.
Pada tahun ini pihak LAKMNS telah mendapat kerjasama daripada pihak Liansin Sdn Bhd dan Bernas Wilayah Sarawak yang masing-masing menaja 500kg beras. Sementara itu pada majlis hari ini, pihak TV Sarawak (TVS) dengan kerjasama Big Pharmacy menaja tiga periuk bubur untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat

