Majlis Khatam Al-Quran 2025

Pada 11 Disember 2025(Khamis) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran, Pusat Kecemerlangan Masja-Sa (PKM-Sa) 2025 bertempat di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak selepas solat Isyak.

12/16/20251 min read

Pada 11 Disember 2025(Khamis) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran, Pusat Kecemerlangan Masja-Sa (PKM-Sa) 2025 bertempat di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak selepas solat Isyak. Bacaan Al Quran dialunkan oleh seramai 40 orang pelajar khatam Al-Quran bagi sesi 2025. Pelajar-pelajar ini telah mengikuti Kelas Al-Quran dan Iqra’, PKM-Sa yang diadakan setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada 7.15 - 9.15 malam sepanjang tahun 2025.

Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan, LAKMNS, Puan Haryati binti Mohamad.

Untuk makluman, Kelas Al-Quran dan Iqra sesi 2026 akan dibuka pada bulan Januari 2026. Hubungi 014-8772462 (Pusat Kecemerlangan MASJA-SA) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran.