Kursus Induksi Kakitangan Siri 6 LAKMNS

Seramai 35 kakitangan baharu Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Kursus Induksi Kakitangan Siri 6 LAKMNS, pada 14 – 16 Februari 2025 bertempat di Libiki Bamboo Resort, Bau.

2/16/20252 min read

Seramai 35 kakitangan baharu Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Kursus Induksi Kakitangan Siri 6 LAKMNS, pada 14 – 16 Februari 2025 bertempat di Libiki Bamboo Resort, Bau.

Peserta terdiri daripada kakitangan LAKMNS dari pelbagai jawatan serta bahagian. Program ini adalah sebagai pengenalan kepada penubuhan dan struktur organisasi LAKMNS serta jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian yang membentuk organisasi LAKMNS. Selain itu, para peserta turut melakukan aktiviti berkumpulan “Team-Building” yang dikendalikan oleh barisan jurulatih dari Kelab Sukan Rekreasi Outraxx Kuching sebagai objektif untuk mewujudkan nilai kerjasama di kalangan peserta.

Pada hari terakhir program, telah berlangsungnya Majlis Penangguhan Kursus Induksi Kakitangan Siri 6 LAKMNS yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap menyeru agar kakitangan LAKMNS untuk mewujudkan satu jentera kerja yang mempunyai ciri-ciri dinamik, selain memiliki kelebihan dalam melakukan pelbagai tugasan (multi-tasking).

Beliau turut mengingatkan kakitangan LAKMNS memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk meningkatkan imej korporat LAKMNS selari dengan visi ke arah badan amanah Islam yang bertaraf dunia. Ujarnya, kakitangan LAKMNS juga perlu meningkatkan nilai integriti di samping menambahbaik elemen sikap, kemahiran dan ilmu (attitude, skill and knowledge – ASK) dengan harapan ianya akan menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

Turut hadir pada majlis penangguhan tersebut adalah Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-Masjid, Encik Abang Bikusary bin Haji kadir serta Ketua Jurulatih Kelab Sukan Rekreasi Outraxx Kuching, Encik Yaman bin Yahya.