Haflah Al Quran
Sempena sambutan Nuzul al-Quran, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengadakan program Haflah al-Quran bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
3/9/20261 min read


Sempena sambutan Nuzul al-Quran, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengadakan program Haflah al-Quran bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa diikuti solat Maghrib berjemaah. Program Haflah al-Quran dimulakan sejurus selepas solat Isyak, menampilkan dua orang qari jemputan iaitu Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, al-Fadhil Abdul Khair bin Jalil dan al-Fadhil Ustaz Muhammad Khairi bin Maidin (Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2025), masing-masing memperdengarkan bacaan ayat al-Quran. Sambutan Nuzul al-Quran ini turut mendapat kerjasama daripada Affin Islamic Bank Berhad yang turut menyampaikan tajaan kepada pihak LAKMNS. Simbolik tajaan disampaikan Ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Bank, Encik Mohamad Salihin Deris kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Encik Mohamad Feisal bin Said, dan disaksikan oleh Setiausaha Kehormat LAKMNS, Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain. Selain itu, LAKMNS turut menerima tajaan daripada Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) yang menaja penginapan qari jemputan.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






