Festival Maal Hijrah 1447h 2025M Labuh Tirai

Majlis Perasmian Festival Maal Hijrah 1447H/2025M anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini.

6/29/20251 min read

Majlis Perasmian Festival Maal Hijrah 1447H/2025M anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis penangguhan telah dirasmikan oleh Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang diwakili oleh Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan).

Festival yang telah berlangsung sejak 20 Jun lalu, merupakan manifestasi usaha berterusan LAKMNS untuk memeriahkan sambutan tahun Baharu hijrah melalui pendekatan mengimarahkan institusi masjid dengan penganjuran pelbagai program berbentuk keagamaan, kemasyarakatan, serta sukan dan rekreasi, sejajar dengan semangat hijrah yang sebenar.

Antara yang mencuri tumpuan semasa majlis perasmian termasuk sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan antara masjid/surau serta penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung bertuah.

Majlis disempurnakan dengan simbolik penurunan bendera rasmi Festival Maal Hijrah sebagai menandakan penutup rasmi kepada festival yang dilaksanakan sepanjang 10 hari.

Festival ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh ukhuwah antara institusi masjid dan masyarakat pelbagai latar belakang, di samping mengangkat martabat masjid sebagai pusat pembangunan rohani dan sosial ummah.