FESTIVAL MAAL HIJRAH 1446H 2024M
14 Julai 2024 - Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini melabuhkan tirainya setelah berlangsung tiga hari bermula 12 Julai 2024. Perasmian majlis penangguhan ini telah disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
2024
7/14/20241 min read
Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini melabuhkan tirainya setelah berlangsung tiga hari bermula 12 Julai 2024. Perasmian majlis penangguhan ini telah disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Dalam ucapan perasmiannya, Premier Sarawak berkata konsep hijrah membawa kita kepada pelbagai dimensi yang menjurus kepada perubahan yang positif. Ujarnya kerajaan negeri turut mengambil semangat penghijrahan ini melalui inisiatif meneroka pelbagai bidang baharu terutamanya melibatkan teknologi, biodiversiti dan kelestarian (sustainability), yang berpotensi memberi pulangan yang baik kepada Sarawak.
Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi.
Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai dalam ucapannya berkata sejak pelaksanaannya pada tahun 2022, festival ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, termasuk dari kalangan bukan beragama Islam.
Datuk Dr. Abdul Rahman turut menyempurnakan acara menurunkan bendera sebagai simbolik penangguhan festival.
Turut hadir pada majlis ini Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, ketua-ketua jabatan dan agensi Islam Sarawak, pengurusan kanan LAKMNS, serta ketua-ketua masyarakat sekitar Kuching.
Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my