Bicara Ummah Darul Hana

Bicara Ummah Darul Hana anjuran Jabatan Mufti Sarawak yang turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

9/18/20251 min read

Berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak, program ilmiah Bicara Ummah Darul Hana anjuran Jabatan Mufti Sarawak yang turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Forum ini menampilkan tiga orang panel iaitu Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim serta Motivator Keluarga Yang Berbahagia Dr. Robiah K. Hamzah, manakala al-Fadhil Ustaz Haji Shalahuddin bin Marzuki berperanan sebagai moderator.