BICARA KELUARGA BAHAGIA: NEXT GEN – YOUNG PARENTING

Program Bicara Keluarga Bahagia: "Next Gen - Young Parenting" anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan IKRAM Malaysia telah berlangsung pada 4 Oktober 2026 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

10/4/20261 min read

Menjadi ibu bapa pada era hari ini hadir dengan cabaran dan tanggungjawab yang semakin kompleks. Dalam membentuk generasi masa hadapan, peranan ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas, tetapi turut membina nilai, emosi, sahsiah dan hubungan yang kukuh dalam keluarga.

Bagi membincangkan perkara tersebut, program Bicara Keluarga Bahagia: "Next Gen - Young Parenting" anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan IKRAM Malaysia telah berlangsung pada 4 Oktober 2026 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Program yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azlan Shah Nabees Khan ini mengetengahkan perkongsian dan panduan berkaitan peranan ibu bapa muda dalam membina keluarga yang bahagia serta membentuk generasi yang berkualiti.

Penganjuran program ini merupakan inisiatif LAKMNS dalam memperkukuh institusi keluarga dan menyemarakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan serta pengasuhan anak-anak sejak awal.

Program turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Wanita Sarawak, Affin Bank, JAKIM Sarawak dan Baitulmal.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir.

Follow us on social media

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Pelawat