iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

SEMBANG TEH TARIK BERSAMA CEO LAKMNS

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

LAKMNS KOMITED KE ARAH BADAN AMANAH ISLAM BERTARAF DUNIA

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) komited dalam memperbaiki mutu perkhidmatan yang disediakan bagi kemudahan masyarakat setempat. Perkara tersebut dinyatakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS dalam Program Sembang Teh Tarik bersama CEO pada 22 Februari 2021 di Bilik Kuliah, Pusat Pengajian Al-Quran Tun Abdul Rahman Ya’kub.

 

 

Beliau menegaskan bahawa usaha ini adalah bagi merealisasikan visi LAKMNS iaitu untuk menjadi badan amanah Islam yang bertaraf dunia. Di antara usaha tersebut adalah dengan memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat seperti media sosial dan laman web untuk berkomunikasi dengan masyarakat umum. Bagi menambahbaik penyampaian maklumat, LAKMNS baru-baru ini telah menaiktaraf laman web organisasi tersebut supaya lebih informatif dan mesra pengguna.

 

Dalam usaha memperkasakan sistem penyampaian, LAKMNS turut menambah siaran radio digital miliknya, Internet Radio Islamic Sarawak(IRIS), dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang. IRIS telah dilancarkan pada 24 Julai 2020 di mana pada awalnya hanya bersiaran dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

 

Selain itu, LAKMNS turut bekerjasama dengan agensi lain dalam menyediakan maklumat seperti menyediakan kiosk maklumat (Information Kiosk) di Masjid Bandaraya Kuching. Projek ini adalah merupakan usahasama bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, dan OKSHe.

 

Dari segi perkhidmatan masyarakat, LAKMNS turut berusaha untuk memperbaiki serta menaiktaraf kemudahan sedia ada. Antara projek yang dalam perancangan adalah pembinaan Kompleks Pusara Islam Semariang (SICC) bertempat di Tanah Perkuburan Semariang (TPS) di mana majlis pecah tanah komplek tersebut telah diadakan pada 24 Disember yang lalu. Komplek ini adalah berkonsepkan one stop centre bagi kemudahan pengurusan jenazah.

 

Bagi keselesaan pengunjung TPS, LAKMNS turut mengadakan Program Mengindahkan Lanskap TPS. Antara inisiatif program ini adalah menyediakan fasiliti tambahan bagi kemudahan pengunjung seperti laluan pejalan kaki, pondok rehat di samping mengindahkan kawasan supaya lebih cantik, selesa dan selamat.

 

Skop perkhidmatan yang disediakan juga melibatkan penggunaan aplikasi teknologi iaitu “scan & donate”, iaitu penyediaan platform digital bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung masjid seliaan LAKMNS iaitu Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching. Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh memberi sumbangan menggunakan aplikasi Boost, Sarawak Pay dan Maybank QR Code.

 

Pada majlis ini juga, Datuk Haji Abang Abdul Wahap turut berkongsi tentang perancangan masa hadapan LAKMNS yang turut menjurus kepada aspek penyampaian maklumat dan perkhidmatan di samping program kemasyarakatan. Di antara program yang bakal dilaksanakan adalah Briged Belia Masjid yang merupakan sebuah program belia di mana, peserta adalah terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun. Objektif utama program ini adalah bagi mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid, di samping sebagai platform pendidikan akhlak belia Islam.

 

Selain itu, LAKMNS turut merancang untuk menjayakan Festival Ma’al Hijrah sepertimana yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini. Penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk mendekati masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sampingan yang turut mendapat kerjasama daripada agensi-agensi lain.

 

Antara perancangan lain adalah inisiatif pelestarian alam sekitar, menaiktaraf jaringan multimedia milik LAKMNS melalui penubuhan Radio TV IRIS, penubuhan Kelab Memanah, market ala uptown di Masjid Jamek Negeri Sarawak, serta pemberian pinjaman dan biasiswa bagi pelajar daripada golongan asnaf.

Turut hadir ke program tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS, serta wakil-wakil media.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 139
  • |
  • Yesterday 855
  • |
  • This week 3824
  • |
  • This month 14584
  • |
  • Total 704208

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search