iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-10 MA’HAD TAHFIZ TUN ABDUL-RAHMAN YA’KUB

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING, 9 Disember 2020 - Tahun 2020 menjadi tahun yang bermakna buat Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (MATTARY) apabila menyambut ulang tahun yang ke-10 sejak mula ditubuhkan pada tahun 2010.

 

 

Penubuhan MATTARY merupakan cetusan idea Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), di mana LAKMNS telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penubuhan serta mengendalikan operasi MATTARY.

 

Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTARY berlangsung di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kuching disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS.

 

Idea untuk menubuhkan MATTARY adalah sebagai usaha kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai hafiz (penghafaz al-Quran) yang professional dan dalam masa yang sama untuk memartabatkan institusi tahfiz di negeri Sarawak. Sistem pembelajaran MATTARY adalah berteraskan dwi kurikulum iaitu Kurikulum Tahfiz al-Quran Bersepadu (KTAB) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

 

Sejak pengambilan pertama pelajar pada tahun 2011, antara pencapaian terbaik murid MATTARY dalam bidang hafazan adalah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Secara keseluruhannya, 30 peratus pelajar berjaya menghafaz tujuh juzuk ke atas manakala selebihnya berjaya menghafaz dua hingga enam juzuk.

 

Manakala di dalam bidang akademik, pada tahun 2019, MATTARY telah menerima Sijil Kecemerlangan Akademik daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di atas pencapaian peratusan Gred “A” dalam semua mata pelajaran mengatasi peratusan pencapaian peringkat kebangsaan dalam UPSR 2018 dan Sijil Usaha Gigih kerana menunjukkan peningkatan dalam UPSR 2018.

 

Dalam bidang kokurikulum, antara pencapaian terbaik murid MATTARY adalah memenangi pingat emas dalam Pertandingan Matematik Peringkat Dunia di Filipina pada tahun 2017.Bersempena ulang tahun ke-10 ini juga, turut berlangsung adalah pelancaran Buku “MATTARY: Ke Arah Melahirkan Generasi al-Quran” yang mengandungi sejarah penubuhan, peristiwa-peristiwa penting serta pencapaian MATTARY sepanjang ia ditubuhkan.

 

Turut hadir adalah Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek), Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Junaidi bin Haji Reduan, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, Toh Puan Hajah Hayati binti Ahmat, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, dan beberapa kenamaan yang lain.


Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 442
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3803
  • |
  • This month 20975
  • |
  • Total 687609

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search