Majlis Konvokesyen ke-15 Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY)
Majlis Konvokesyen ke-15 Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY) bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung pada 15 Januari 2025 yang lepas bertempat di Dewan Hikmah B, Kuching.
1/16/20251 min read


Majlis Konvokesyen ke-15 Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY) bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung pada 15 Januari 2025 yang lepas bertempat di Dewan Hikmah B, Kuching.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Ahli Lembaga, LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, yang hadir bersama isteri.
Pada majlis ini, seramai 75 orang murid enam tahun telah diraikan sempena tamat pengajian mereka di TATTARY. Manakala, 18 orang murid dari kelas empat tahun dan lima tahun turut menerima Anugerah Murid Terbaik bagi kelas masing-masing.
Majlis Konvokesyen merupakan program tahunan yang diadakan sebagai apresiasi kepada anak-anak TATTARY yang telah menamatkan pendidikan mereka di tadika.
Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta isteri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said serta Ketua-ketua Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat

